Ramadhan hampir melabuhkan tirainya. Sehari dua lagi fajar Syawal akan muncul menjelma. Di harapkan Ramadhan yang bakal pergi telah terisi dengan amalan dan ibadah yang sempurna dan Syawal yang akan menjelma membawa lembaran baru dalam hidup kita semua... bagi diriku Ramadhan dan Syawal kali ini ku sambut sederhana memandangkan atuk sedang sakit dan sekarang tinggal denganku, pergerakannya pun terpaksa dibantu kerana 'strok' yang dihadapinya. Ku mohon pada-Mu ya Allah! KAU sembuhkanlah dia agar sisa-sisa hidupnya akan terisi dengan bekalan untuk menemui-Mu nanti...Pada sisa-sisa Ramadhan yang masih ada ini ku susun sepuluh jari memohon kemaafan di atas setiap kesilapan yang dilakukan. Seandainya ada yang pernah terluka dengan sikapku maafkan aku, seandainya ada tingkah laku ku yang menyakiti kalian ampunkan aku, sesungguhnya semua itu tanpa sedarku... tidak pernah ada secebis pun perasaan untuk menyakiti dan melukakan hati sesiapa pun. MAAFKANLAH AKU...
Aidilfitri ini mengingatkan aku pada seseorang...buat seseorang yang masih tidak mampu untuk aku lupakan sehingga kini, dengan seikhlas hati pada 28 Ramadhan 1429 ini aku lafazkan bahawa aku dah maafkan setiap apa yang kau harapkan aku maafkan... aku pernah katakan padamu satu waktu dulu bahawa aku tidak akan mampu untuk membenci orang yang aku sayang. Aku doakan kebahagiaanmu... maafkan aku kerana aidilfitri ini mengingatkan aku padamu dan aku terpanggil untuk mencoretkan sesuatu untukmu. Mungkin kenangan setiap kali menjelangnya aidilfitri satu waktu dulu mengingatkan kembali aku padamu. Bukan niatku untuk merungkai kembali kenangan-kenangan dulu tapi aku tak tahu kenapa kenangan-kenangan itu juga yang senantiasa mengambil tempat di fikiranku. Salam Aidilfitri untukmu, maaf zahir dan batin. Sampaikan salamku buat ibu...walau pun dirinya tidak pernah kukenali tapi aku tak pasti kenapa aku rasakan dia begitu dekat dihatiku...
Ya Allah! kuatkan aku untuk menghadapi dan menempuhi ujian getir di bumi-Mu ini, tabahkan aku untuk aku menghadapi segalanya dengan tenang. Temukan aku dengan kebahagiaan, berikan aku petunjuk-Mu jalan mana yang harus aku lalui agar aku tidak tersesat dari landasan agama-Mu Ya Allah!. Jadikan aku hamba-Mu yang mampu menghadapi segala-galanya... yang bisa menempuhi takdir-Mu sepenuh relaku. Kurniakan keredhaan-Mu untukku... Amin
No comments:
Post a Comment