Sunday, February 22, 2009

TERIMA KE TIDAK???

'Pilihan ada ditanganku' itu kata ibu. Samaada aku terima atau tidak ibu tidak mahu mempengaruhi keputusanku, segalanya diserahkan bulat-bulat padaku. Aku buntu, betol2 buntu! apa jawapan yang harus aku berikan pada ibu? semalam ibu bertanya aku sudah ada pilihan sendiri ke sebab dah dua kali orang datang merisik tapi aku macam tak berminat kata ibu. Aku jawab memang takde atau katanya adakah aku mahu mencari sendiri bakal teman hidupku? kalo ikutkan hati memang lah nak carik sendiri tapi memandangkan sikapku yang tak suka ber'sms' and bertepon-tepon ni sampai bila pakcik2 kat luar tu boleh dekat ngan aku. Kenapa lah aku jadi camni. Dulu aku tak camni, suka sangat sms n bertepon2 ni... kalo dulu seingat aku masa praktikal kat Kuantan macam nak terbalik public phone kat Tunas Manja tu aku kerjakan. Boleh dikatakan tiap-tiap malam jam 8.00 malam maka nampaklah kelibat aku bergayut kat ctu. Tapi.......selepas aku merasai kekecewaan yang teramat sangat seakan ada virus telah menjangkitiku menyebabkan aku tidak lagi suka ber'sms n bertepon2 ni. Nak melayan orang cakap lama-lama pon aku jadi malas nk ber'sms' lagi lah aku tak suka sedangkan dulu itulah benda alah yang paling aku suka.
.
Berdasarkan faktor2 diatas aku rasa cam nak terima jer. Tapi bila pikir2 balik.... adoiiiiii i don't know la....aku ni tak bleh pikir banyak2 sebab aku tau kalo banyak2 lagi aku pikir confirm aku tolak. Kalo terima plak aku tak kenal dia, dia pun tak kenal aku, camne aku nak idup sebumbung ngan orang yang aku tak pernah kenal? tapi kata ibuku 'mak dulu pun tak penah kenal ayah, tapi bahagia sampai sekarang'. Ada betol jugak kata ibuku... tapi.....hati kecilku berkata ibu lain zaman dulu tak banyak pilihan, tak banyak perbandingan, dunia ibu pun takde lah seluas dan semoden sekarang. Sekarang lain kalo yang dipilih itu tidak seperti yang disukai mesti ada perbandingan ' baik lagi ex-pakwe aku, ensem lagi ex aku bla bla bla...' contohnya lah. Argh! aku serabut dengan keadaan ini, aku paling tak suka jika disuruh untuk membuat pilihan... TERIMA atau TIDAK. Kalo ibuku tanya nanti apa aku nak jawab, baik aku diam jer kan? biar takde kata putus. tapi.... eh! tak bleh nnti bila diam dia kata aku setuju plak kang!. Adussss............
.
Opss! aku masih ada DIA untukku bersandar...DIA yang lebih mengetahui segalanya, DIA yang telah menetapkan hidupku berjalan seperti apa, DIA yang telah menentukan takdirku....Ya! ALLAH seringkali aku lupa kepada-Mu, sedangkan Engkaulah yang sepatutnya sentiasa dihatiku, hanya Engkau yang bisa merungkai segala kekusutan. Hanya Engkau yang mampu menyelesaikan setiap permasaalahan.... hanya Engkau YA ALLAH! hanya Engkau! tiada kuasa lain melainkan-Mu.....
.
TUHAN....seandainya dia baik bagiku, agamaku, keluargaku, hidup dan matiku serta segala urusan dunia dan akhiratku kau permudahkanlah.... walau dirinya tidak penah kukenali, walaupun wajahnya tidak pernah kutatapi tapi seandainya telah Engkau tetapkan dia untukku bukakanlah jalan bagi kami.... tetapi andai sebaliknya aku mohon pada-Mu Ya ALLAH jauhkanlah dia bagiku, biarlah aku tidak berpeluang untuk menatap wajahnya, biarlah aku hilang peluang untuk mengenalinya... aku redha Ya ALLAH asalkan aku tidak lagi dilukai .....AMINNNNN

10 comments:

Anonymous said...

make a wise decision dear...salah pilih susah nnt. Klu hamba nak berkenalan dgn tuan hamba, bagimana caranya?

Dehearty.... said...

siapakah tuan hamba ini? sila la perkenalkan diri...

Anonymous said...

nak kena perkenalkan diri ke? tak boleh ke klu kita kenal jer dulu without perkenalkan diri. Itu lagi bagus sbb tuan hamba kenal hamba bukan sbb personaliti hamba tp diri hamba...hehehe...apa ke benda la hamba mengarut ni...tp sudikah tuan hamba kenal akan hamba?

Dehearty.... said...

kenal tapi tak kenal la ni? ermmm... mana-manalah wahai tuan hamba. hamba tak kisah...besar tapak tangan stadium sultan mizan kat gong badak tu hamba tadahkan...

Anonymous said...

haha...best la kawan ngn tuan hamba camnie...hamba pun berbesar hati dapat kenal akan tuan hamba. ada cara lain x agak2 hamba buleh berhubung dengan tuan hamba selain dari ruang komen nie? haha

Dehearty.... said...

sebarang pertanyaan atau aduan bolehlah di alamatkan ke email sumayya_81@yahoo.com

Anonymous said...

adakah ID itu juga YM id tuan hamba? nnt hamba add la ID tersebut dalam list YM hamba?

Dehearty.... said...

haah memang ID YM jugak. Tp maap la yerk tuan hamba YM hamba dah lama tak bernyawa...

Anonymous said...

hmmm..kesian kat YM tuan hamba. Insya allah klu ada kelapangan, hamba akan email tuan hamba tp mcm seronok pula bertemu di ruang ini. hehe..

Dehearty.... said...

apa-apa aje lah wahai tuan hamba...