Thursday, July 23, 2009

Dari Celah-Celah Kehidupan Versi Blogku..

Hari ini baru berkesempatan utk menulis berkenaan kisah seorang sahabat yg baru sy temui ketika ke PUTRAJAYA last week...bertemu seorang yg pada mulanya sy sangka gadis muda yg belum berkahwin rupanya tekaan sy silap...gadis disebelah sy itu merupakan isteri keempat yg masih teramat muda berusia 21 tahun...Dia berkahwin ketika berumur 19 tahun...

Sy tk pasti kenapa lancar sahaja mulutnya bercerita kepada sy tentang kisah hidupnya sedangkan sy dan dia baru bertemu utk pertama kalinya...tp sy rasakan celotehnya itu seperti kami telah bertahun mengenali antara satu sama lain...sy cuma mendengar dan sesekali mengemukakan hujah sy apabila diminta...masa mula2 tahu dia tu isteri keempat dan kahwin umur 19 tahun.. terdetik kat hati kecil sy...budak ni kena bomoh nih...hubby dia masa kawen tu berusia 51 tahun.... cuba bayangkan 30 tahun perbezaan umur mereka...eeeee....NAUZUBILLAH...mintak Allah jauhkanlah benda2 mcm tu berlaku kat sy... kisah-kisah camni biasanya sy baca kat paper jerk atau pon tengok kat TV.. tp kali ini sy berhadapan dengan org yg betol2 mengalaminya...

Ada masa sy tergelak lucu bila dia berkisah tentang madu2nya... adakala terdetik rasa kesian pada dia sbb dalam umur yg semuda itu dia tidak sepatutnya dihidangkan dengan kisah2 rumahtangga yg sebegitu.. tetapi sepatutnya sibuk bergelumang dengan buku dan berada di IPT mana2 utk mencari ilmu...dia bukanlah seorang budak yang tak pandai... dia merupakan bekas pelajar sebuah IPT...dia berhenti dari IPT tu sbb nk kawen.... masa tu kalo tak silap sy dah semester 3.... sayang sungguh!... pakcik yg tak sedar diri tu pon satu sepatutnya kalo yer pon nk kawen dengan budak yg boleh dipanggil anak tu biarkan aje budak tu teruskan pengajian.... nasihatkanlah budak tuh.... hubby dia ni bukan calang2 org.. seorg yg terdidik dgn kata omputihnya educated... menjawat jawatan yg tinggi jgk lah.. ketua kpd sebuah organisasi yg mendidik ank bangsa...camne lah semua itu boleh berlaku...tp bila di fikirkan balik... itulah perjalanan yg telah Allah tetapkan buat mereka... sudah takdirnya begitu...apa nk di kato laie kan?..

Dia ckp kat sy selalu sgt bergaduh ngan madu2nya...masa raya tahun bila ntah semua balik beraya di kg hubbynya... tp raya dh jd mcm perang dunia ketiga...tak rasa mood raya langsung...asik berperang je katanya...dia mengaku pd sy dia bahagia dengan suaminya... sayang sangat kat suaminya...tp dia tensen dengan madu2nya... kalo boleh katanya dia tak mahu madu2nya tu ada.... sy cakap pdnya kenapa tak fikir habis2 dulu masa nak kawin.. masalah macam ni kita dah boleh agak memang akan berlaku... kata dia pada sy 'nk buat camner kak.. bila dah sayang mata jd buta.. telinga jd pekak'...

Ada benarnya jgk kata dia tu....mcm kata Dr. Tuah Iskandar...perasaan sayang itu sangat misteri....macam mana ada org boleh sayang seseorg yang lain sampai begitu sekali?.. berbakul nasihat telah diberi, namun kita tidak nampak sbrg cacat cela pd org berkenaan, kita tetap sayang...'mcm mana sy boleh sayangkan dia?'...soalan ini susah hendak dijawab... sebab...misteri sayang serupa misterinya dengan hantu...ia ada tp sukar dikesan... kenapa? bagaimana?..apa?..siapa?.. dan bila?... tatkala telah sayang tiada perkataan yg boleh memadamkannya tetapi apabila sudah benci tiada perkataan pula boleh mengubahnya...

Selalunya begitulah..walaupun tidak semestinya begitu...apabila sudah sayang terlampau sangat hingga sampai satu tahap kita tak tahu apa sebab2nya yg menyebabkan kita sayang org tuh...suka dan sayang...dua perkara berbeza...begitu juga dengan sunyi dan sepi....kita boleh suka semua org tp tidak boleh menyayangi semua org....kita boleh suka org itu dan kita boleh benci org itu sekelip mata tp... apabila kita dh sygkan seseorg amat payah utk kita benci...

Dari itu beringatlah...sebelum kita menyayangi seseorg...pastikan dia menpati semua ciri2 yg kita perlukan...jika tidak ada cukuplah sekadar suka..kerana..jika kita tersilap menyayangi insan yg salah kita akan menanggung akibatnya sepanjang hayat..kita ingin membencinya tp kebencian tiada pd kita..kita ingin pergi jauh darinya...tp semakin kita rasa dekat padanya...

Begitulah tamparan sayang.. keadaan akan lebih parah apabila sayang bertukar kasih dan akan lebih2 parah lagi apabila kasih bertukar cinta...org yg sudah tenggelam dalam lautan cinta tahu yg dia dalam kelemasan tp dia sendiri tidak mahu naik ke tebing biarpun seribu tangan dihulurkan sedia utk menariknya naik....

Dari itu...sukailah semua org..tp sayangilah hanya seorang..sebab...sayang yang satu itu akan beralih pada kasih seterusnya menjadi cinta...jika tersilap menyayangi org ia sukar diundurkan... tatkala sudah sayang apa ubat pun tak berkesan...itulah yg menyebabkan diri ini bimbang utk meletakkan harapan.....silap menyayangi...kesannya akan ditanggung sepanjang hayat...biarlah Allah sahajalah yg menentukan...

No comments: