Tuesday, August 19, 2008

Cinta Sufi...

" Ya Allah!
Bila ku lihat insan berbahagia di sisi cinta, bersama kekasih mereka... aku juga ingin bahagia. Tapi aku amat pasti lagi yakin bahawa tiada kekasih yang lebih membahagiakan selain daripada-Mu... malah aku teramat pasti bahawa tiada kebahagiaan bagiku di sisi manusia melainkan dengan rahmat dan redha kasih-Mu Ya Tuhanku!. Lalu, aku menanti-Mu di setiap terbit fajar kehidupanku sehingga menjelang senja, mahu mencari dan mengharap agar Engkau kurniakan cintaku kepada-Mu.... namun sesungguhnya aku memang tidak berdaya membuang Engkau dari hatiku. Sesungguhnya aku tidak berjaya untuk bahagia tanpa-Mu, tanpa mengingati-Mu. Aku takkan mampu untuk melakukan segala-galanya tanpa-Mu. Lalu... dalam nafas yang semakin perlahan, dalam arah yang semakin kabur, dari langkah yang semakin jauh, aku memohon lagi ke hadrat-Mu... berilah aku hati yang baru kiranya hatiku yang Engkau kurniakan semalam telah musnah menjadi hitam, telah hancur bersama dosa semalam... kerana aku mahu pulang, aku mahu kembali untuk bertemu dengan-Mu... dengan cinta yang utuh, dalam rindu yang tertangguh, dalam pertemuan yang mulia untuk meraih kasih-Mu...
Ya Allah!
aku terlalu mencintai dirinya, kerana itulah aku berasa takut untuk menjadi miliknya... aku takut sekiranya memiliki sesuatu yang aku cintai di antara apa yang ada di dunia ini akan menjadi hijab antara kita, antara kasihku kepada-Mu. Aku benar-benar takut, aku takut untuk hidup bergembira dan berbahagia di sisinya lebih daripada kegembiraan dan kebahagiaan yang aku rasa bila bersama-Mu. Aku tak mahu terlalu merinduinya hingga aku tidak dapat berbuat apa-apa sedangkan dengan-Mu aku tidak pula begitu. Aku tidak mahu nanti aku bergantung kasih kepadanya melebihi hatiku bergantung kasih dan harap kepada-Mu. Apalah ertinya semua yang ada padaku ini kiranya ia melebihi daripada apa yang aku rasakan kepada-Mu. Bukankah itu menunjukkan aku ini jauh daripada rahmat-Mu?.
Ya Allah!
Berikanlah aku kekuatan dan hidayah untuk mengharungi semua ini. Apalah ertinya aku hidup untuk mengasihi makhluk-Mu melebihi daripada aku mencintai-Mu..Peliharalah diriku daripada terjerumus ke lembah itu... lembah yang menjauhkan kita... yang menjarakkan diriku dari diri-Mu, kerana bukan senang untuk memupuk cinta kepada-Mu, bukan mudah untuk meletakkan cinta-Mu di hatiku yang sudah rosak dan hitam ini. Maka sekali ketakutan ini datang, lindungilah daku ya Allah!... lindungilah hamba-Mu yang tidak berdaya ini..."
p/s - Ya Allah! masih ada lagikah manusia seindah sufi di zaman ini mahu pun dunia ini... Novel MAAFKANLAH AKU karya Zaharah Mohamad ini cukup terkesan di hatiku. Novel ini aku baca sekitar tahun 2004 tetapi bait-bait ayat di dalam nya tidak mudah untukku lupa sehingga kini. Aku tak reti sgt la nk ulas pasal novel ni tp bagi aku mmg best . Indahnya andai perasaan aku juga seperti sufi... mencintai Tuhan lebih daripada kasihnya untuk sufian..
Ya Allah! moga Engkau kurniakan hati sesuci sufi buatku, hati yang sentiasa merindui-Mu, hati yang selalu meletakkan cinta-Mu melebihi segalanya...hati yang sentiasa redha dengan setiap dugaan-Mu... Ya Allah! berikan aku kekuatan untukku menempuhi pahit manis kehidupan. Tenangkan aku dalam menghadapi setiap permasaalahan, Jangan Engkau lemahkan aku dengan masalah dunia yang entah kan bila pengakhirannya... Jadikan aku hamba-Mu yang taat, hamba-Mu yang beriman, hamba-Mu yang senantiasa Engkau rahmati.....Aminnnn

No comments: