Sunday, August 17, 2008

Kau Sahabat Kau Teman...

AL-FATIHAH buat teman-temanku yang telah menyahut panggilan ILLAHI...
arwah Noraini binti Idris dan Norhasliza binti Mohamad.
Kau kini milik TUHAN
damailah kau diperaduanmu yang abadi
inilah destinasi terakhir kita yang akan diikuti oleh semua hamba
walau kehilanganmu amat pedih kurasakan...
namun tanpa sedar ia mengajar aku
betapa kita perlu tabah untuk menghadapi semua ini....

---------------------------------------

Kau Sahabat Kau Teman
--------------------------------------

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak yang Esa

Ya Allah...
tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang Dikau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati

No comments: