Sunday, October 26, 2008

Pesanan Ibu...

:::Pesanan Ibu:::

Posted on: Apr 17, 2006 - 01:20 AM by ajjalizza

Ada satu ketika,
Ibu ku pernah berpesan,
Dalam kehidupan ,
Terlalu banyak ranjau dan rintangan.
Kata Ibuku….

Duhai anak,
Andai nanti kehidupan mu penuh kepayahan
Dan kau memerlukan pilihan,
Ikutilah kata naluri mu.
Kerana naluri mu,
Sahabat terbaik dalam hidup mu.

Duhai puteri ku…
Jika pilihan mu tidak seperti di jangka,
Jangan sesekali kau berputus asa,
Kerna ia bisa membuat mu binasa,
Menambahkan lagi rasa kecewa.

Duhai putera ku…
Kau pergunakanlah akal mu,
Yang telah di anugerahkan kepada mu.
Yang bisa menjadi petunjuk mu,
Dalam meneruskan perjalanan berliku.

Duhai Permata ku..
Jika kau terjatuh hingga menitiskan darah mu,
Jangan pernah merasa jemu,
Menghayunkan langkah kaki mu,
Kerna ia bakal manjadi guru mu,
Mengajar erti kehidupan nan satu.

Duhai anak..
Andai nanti kau tersesat di hutan,
Jangan lah kau terus berputus harapan,
Kerna jalan mu ada di hadapan,
Hanya memerlukan sedikit keberanian.

Duhai anak…
Andai hidup mu terus dirundung malang.
Jangan sesekali takdir kau salah kan.
Ingat lah pada kebesaran tuhan,
Setiap kesengsaraan,
Ada hikmah yang diselitkan.

Duhai anak…
Kau lihat lah dunia dengan mata hati mu,
Jangan kau lihat dengan mata nafsu,
Yang akan membinasakan hidup mu,
Membunuh setiap langkah kaki mu.

Duhai anak…Ingatlah,
Aku jua pernah merasai,
Setiap perit yang kau alami.

Duhai anak –anak ku…
Jangan sesekali kau berhenti berjuang dalam kehidupan ini.
Kerna…Pahit nya hanyalah seketika,
Manisnya pastinya akan kau rasa,
Setelah hajat mu terlaksana,
Dan kau mampu tersenyum bangga.

No comments: