Tuesday, October 28, 2008

Ya Tuhan!

Ya Allah, mengapa aku sering keliru dalam hidup ini, apa sebenarnya yang aku inginkan dalam hidup ini? kadang-kadang aku rasakan aku kuat untuk menghadapi setiap permasaalahan tetapi kadang-kadang aku tertewas dengan keadaan...

Ya Allah! berikanlah aku petunjuk-Mu jalan mana yang harus aku ikuti... sesungguhnya aku sedang berada di persimpangan dan aku tidak pasti jalan mana yang harus aku pilih. Kalau ku pilih simpang kanan aku bimbang aku akan melalui jalan sukar selepas itu, begitu juga dengan simpang kiri, aku tidak pasti apa yang ada di jalan itu. Ya Allah bantu lah aku untuk memilih jalan yang terbaik buatku....

semenjak dua menjak ni rasa tak sedap hati, tak tahu lah kenapa... byk yang aku fikirkan... tentang family, kerjaya, masa depan dan macam-macam lagi lah. Tak nak pikir tapi kena pikir gak. Bermula dari sekarang la nak kena rancang masa depan demi kebaikan diri sendiri n juga family. Aku ni jenis yang memberatkan family, bagi aku family adalah segala-galanya. Rasanya masih tak puas berbakti pada ibu dan ayah, dan masih banyak lagi jasa mereka yang tak mampu ku balas. harap-harap aku dapat membahagiakan mereka semasa mereka masih ada ni...

No comments: