keadaan tokki agak membimbangkan aku... dh dua hari dia tak mahu makan hanya bergantung pada susu...dh takde tenaga langsung even nk angkat kepala sekali pon. Malam td pas buat susu utk dia, sapukan ubat kat dada dia aku renung wajahnya dalam2,nafasnya turun naik, sesekali nmpak macam sukar je dia nk bernafas... sian tokki... kadang2 aku bimbang sgt, aku takut kalau2 masa tokki dh semakin hampir... Ya Allah jangan lah KAU ambil nyawanya lagi, aku masih belum puas bersamanya, masih belum puas berbakti untuknya, masih belum terbalas jasanya... masih terbayang saat2 masa kecilku, tokki la org yang paling hampir denganku selepas ibu dan ayah.. tokki byk menghulurkan bantuan buat kami sekeluarga dan tk pernah biarkan anak2 dan cucunya dalam kesusahan walau pon masa tu dia pon susah... dia masih kuat bekerja walau pon sepatutnya masa tu dia patut berehat sahaja di rumah... disebabkan org lain yang tak tahu tanggungjawabnya tokki mengambil alih tanggungjawab tersebut sedangkan itu bukan tanggungjawb tokki... aku benci org2 yg menyusahkan tokki... kenapa kau susahkan tokki aku? kalau tak disebabkan kau tokki aku tak perlu lagi bekerja teruk2 untuk memikul tanggungjawab yg sepatutnya kau galas! kalau ikutkan hati aku tak mahu maafkan kau tapi aku tak mahu cemarkan hati aku dengan menyimpan dendam pada manusia mcm kau!!!
..... aku takut, aku bimbang.... aku tak bersedia lagi untuk menerima sebuah kehilangan...
Ya Allah!, sembuhkan lah atukku, panjangkanlah usianya, semoga sisa-sisa hidupnya yg masih ada ini dapat dihabiskan utk mencari dan mempercukupkan bekalan dia diakhirat nnti...
aku sayang tokki Ya Allah!....
sembuhkan dia, hentikan derita kesakitannya Ya Allah!.....
No comments:
Post a Comment