Monday, April 6, 2009

Rindunya aku pada Tokki...

AL FATIHAH


Hari ini genaplah seminggu tokki pergi... meninggalkan kami sekeluarga. Hati ini masih belum benar2 kuat ... masih terlalu ingatkan dia... rasa terkilan masih bersisa kerana pagi itu tak tahulah kenapa kaki ini begitu berat untuk melangkah ke katilnya sedangkan rutin pagiku akan ke katilnya dulu dan membetulkan selimut dia sebelum aku turun dari rumah untuk ke pejabat. Tetapi pagi itu aku hanya memandang dia dari jauh... kemudian terus turun dari rumah...
.
Tok bagitau pagi tu tokki asik tanyakan aku.. tok ckp aku kat pejabat, pastu dia kata kat tok naper tak panggil aku balik... pastu dia tanya pulak kat mak, mak cakap petang nnti lah aku balik pastu dia terus diam... mak cakap kalo mak tahu tokki nak pergi mesti mak dah telefon aku...tapi mak tak tahu tokki nak pergi hari tu.......

Segenap inci rumah mengingatkan aku padanya... rasa seperti dia masih ada...

Lebih kurang pukul 3 petang, isnin 30 Mac 2009, ayah telefon mengatakan tokki tenat, aku terus balik dan sampai kat umah mak dan ayah suruh aku cepat2 pergi ke katil tokki, mak kata tokki nak jumpa aku... bila aku merapatinya jiran-jiran menyuruh aku membisikkan kalimah syahadah ke telinganya...ku lihat mata tokki dah terpejam rapat, dadanya dah berhenti berdenyut, cuma nadinya masih dpt dirasakan... aku tak dpt menahan air mata... org2 sekeliling mintak aku bisikkan ke telinganya yang aku dh balik..... aku bisikkan ketelinganya lagi 'tokki, ra dah balik ni'... aku kesat air mata dipipi sebab aku tak nak air mataku jatuh ke wajahnya...ku cium dahi dan pipinya... pastu aku tak bleh lagi nak menahan esak dan tangis... aku beralih dari situ... menagis dan menangis lagi...
.
Ya ALLAH!, KAU kuatkan hati ini... redhakan aku untuk menerima kehilangannya...
cucurilah rahmat ke atas roh tokkiku Ya Allah!
tempatkan dia di kalangan orang-orang beriman
KAU tenangkanlah dia disana
hanya doa dapat ku kirimkan untuknya....
ampunkan segala dosa-dosanya
jauh kan dia dari siksa kubur dan
jauhkan dia dari azabMU Ya ALLAH!

Ya ALLAH! tempatkannya di tempat yang mulia
tempat yang DIKAU janjikan nikmat untuk hambaMU...


Tokki,
Moga amanlah dan bahagia tokki di sana
Setangkai doa juga Fatehah akan terus cucumu ini kirimkan...
Hanya itu dapat cucumu ini hadiahkan untukmu
Moga di sana kau bersama para solehin...
aku rindukan mu aku sayangkan mu...

No comments: