Monday, December 1, 2008

Catatanmu Untukku....



Dear Aziera,

"Life is filled with happiness, sadness, tears, smiles, laughter and other emotions but when life get u down, just be strong about it and keep your head up high and have faith in all things in life. Always remember : ALLAH is at your side, always.....
25/3/2004
Malam td duk carik nota untuk exam, dlm duk sebok memunggah tu terjumpalah kad-kad lama yang masih tersimpan rapi n terjumpalah kad yang mengandungi kata-kata di atas... maka pikiran ini mulalah memutarkan gambaran demi gambaran kisah-kisah lama yang telah menjadi kenangan... bila baca balik semua kad ucapan tu membuatkan diri ini tersenyum sendirian, indahnya waktu itu... kenapalah ia hanya hadir untuk seketika?. Kenangan... jangankan yang manis yang pahit sekalipun, ianya akan tetap dikenang.
Dlm duk membelek kad-kad itu terjumpa pulak diari masa zaman belajar dulu, catatan pengalaman ketika bergelar student dulu keselusuri satu persatu helaiannya. Lucu, sedih, geram dan bermacam perasaan lagi hadir menemaniku ketika satu demi satu catatan pada diari itu ku tatap. Rindunya aku pada waktu dulu, andai dapat kuundurkan waktu pastinya akan ku pilih untuk hidup di zaman itu sahaja, zaman yang tidak pernah mengenalkan aku pada masalah, zaman yang tidak pernah menemukan aku pada kelukaan, zaman yang menjanjikan warna warni kehidupan yang cukup indah tanpa permasaalahan yang serius walaupun ketika itu aku sibuk berjuang dengan ilmu...
cukup ketara perbezaannya dengan keadaan hari ini. Zaman yang cukup mencabar, zaman manusia yang lebih bertamadun katanya...zaman yang serba serbi canggih dan moden menyebabkan nilai harga diri juga semakin luput ditelan arus kemodenan. Zaman yang manusianya semakin hipokrit, pentingkan diri, pentingkan kebendaan melebihi kasih sayang.... Jika silap perhitungan pastinya akan tertewas dek keadaan yang menghimpit... ish! melalut plak aku ni ntah kemana peginya siap masuk tamadun-tamadun lagi tu, saje je nk refresh subjek sejarah form 5 n subjek tamadun masa kat kolej dulu he he he.

No comments: