Thursday, December 18, 2008

JANGAN ADA BENCI...

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita berdendam saling bermusuhan
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku
Di sudut hati
--------------------------------------------
Tiba-tiba je radio putarkan lagu ni. Teringat plak kenangan lama. lagu kenangan dolu-dolu. cinta monyet kata org... gaduh sket tulis surat, tuju lagu. Bila pikir-pikir balik kelakar la plak. Zaman belajar begitu indah sekali. Untuk someone yang pernah dedicate lagu ni untuk aku... terima kasih...tapi agak terkilan kerana sikapmu tidak sepertimana lagu yang kau tujukan buatku suatu waktu dulu selepas kita ditakdirkan untuk mengikut haluan yang berbeza... tapi tak mengapalah asalkan kau bahagia. Aku yakini bahawa hidupmu makin bahagia kini... maafkan aku kerana aku terlalu banyak membuatkan dirimu terluka. Tapi fahamilah aku lakukan ini bersebab... atas dasar menghargai persahabatan... aku tidak sanggup untuk membina bahagia di atas derita orang lain...dan hari ini telah terbukti seperti yang telah aku katakan padamu dulu, kau akan memperolehi pengganti yang lebih baik dariku... alhamdulillah... aku tumpang bahagia, kau telah menemui cinta sejatimu, sayangilah dia sebagaimana kau pernah menyayangiku suatu waktu dulu, hargai dirinya kerana dia telah diciptakan untukmu ... setulus hati kudoakan kebahagiaanmu...

No comments: