Monday, October 5, 2009

Kita Adalah Insan...

menyinggah ke blog Asniza sekejap td...suka sy memetik kata2 penulis blog "jangan sekali-kali mudah menghukum. Jangan kerana sekali pandang, kita terus membuat kesimpulan. Jangan kerana sekali silap, kita terus membenci selamanya. Jangan terlalu mudah percaya pada fatamorgana dunia yang sering memperdayakan"...
.
bagi saya ada benarnya kata-kata penulis blog itu...jangan mudah menghukum...namun demikian itulah yg selalu kita lakukan...terlalu mudah menghukum...tanpa kita tahu apa yg tersirat disebalik apa yg kita lihat itu...seringkali kita menerima yg tersurat tanpa cuba utk mendalami apa yg tersirat...
.
Kadang-kadang terfikir juga dibenak ini...mengapa begitu?.....
.
"jangan kerana sekali silap, kita terus membenci selamanya" .....hmmm...tapi..mengapa sukar utk melupakan kesilapan itu walaupun kata maaf telah diberi?....Ya Allah betapa kerdilnya diri ini disisiMu...siapakah aku untuk membenci sedangkan Engkau yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu pun tidak pernah membenci hamba-hambaMu yang telah berbuat silap...siapakah aku yg begitu payah untuk melupakan setiap kekhilafan insan yg juga tidak sempurna sama sepertiku? siapa aku? Ya Allah ampunkan aku Ya Allah....seringkali aku tergelincir dari apa yg sebenar2nya....lebih mengutamakan kata hati....seringkali mementingkan perasaan sendiri...

No comments: