Suka sy untuk berkongsi kata-kata Asniza di dalam blognya http://semut2comel.blogspot.com/2009/10/inilah-kehidupan.html
Bismillahirrahmanirrahim,
.
Bila kita disalahmengertikan, bersabarlah dan jangan cepat melatah. Usah bersedih dan tak perlu berduka. Ingat Allah sentiasa. Biarlah sebanyak mana dunia membenci kita, asalkan Allah mengasihi kita maka tabahkanlah hati, bersabarlah. Bersyukurlah.
.
Sudut pandangan setiap orang tidak mungkin sama, cara melihat pasti berbeza. Apa yang kita fikirkan baik belum tentu baik pada pandangan mereka. Maafkanlah mereka kerana mereka masih tidak mengenali diri kita yang sebenarnya. Maafkanlah mereka kerana mereka tidak lalui apa yang kita lalui, mana mungkin mereka mengerti dan memahami. Maafkanlah.
.
Perjalanan hidup setiap orang tidak sama, cubaan dan dugaan yang menguji setiap dari kita juga berbeza. Persekitaran dan orang sekeliling yang mempengaruhi pastinya turut memberi impak ke arah wujudnya perbezaan itu. Cuba untuk menerima hakikat ini, semoga hati menjadi lebih lapang.
.
Jangan menghukum mereka kerana kita tidak layak menghukum, yang berhak cuma Allah. Jangan mudah membuat kesimpulan kerana kita tak semestinya sentiasa betul. Jangan sentiasa mendongak ke atas, sekali sekala harus memandang ke bawah agar tidak jatuh tersungkur. Jangan asyik dan leka dengan pujian manusia, kerana kita bukan hidup kerana pujian dan tak mungkin mati kerana kejian.
.
Hiduplah dalam keikhlasan, jauhkan sifat hipokrit. Bukan sesiapa yang kamu tipu, tapi malangnya kamu cuma menipu dirimu sendiri. Insan lain mungkin tidak dapat membaca apa yang tersimpan di dada kamu tapi ingat, Allah tidak pernah lena walau sesaat, malaikat raqib dan atib juga tidak pernah jemu mencatat. Berwaspadalah.
.
Belajarlah untuk menghargai. Hargailah apa yang kita miliki. Belajarlah untuk bersyukur, syukurlah dengan segala anugerah dan pemberian Allah. Ingatlah dan jangan lupa, hidup di dunia cuma sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Segala apa yang kita miliki, semuanya hanya pinjamanan. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali.
Wallahua'alam.
bila berada dalam situasi sekarang...at least kata2 di atas cukup utk menyejukkan hati...betul apa yang madam cakap Allah takkan uji kalo sy tak mampu...DIA tahu sy mampu memikulnya sbb itulah DIA dtgkan ujian buat sy...ada hikmah yg sy tak pasti di sebalik apa yg berlaku.....Ya Allah kurniakanlah ketenangan yang berterusan buat sy....ampunkan segala dosa-dosa sy....seringkali sy terlalai dari mengingatiMu...lebih sibukkan hal dunia...bersihkan hati sy ini dari dendam yg tk berkesudahan....ampunkan sy Ya Allah! ampunkan sy!

No comments:
Post a Comment