Monday, August 24, 2009

Memahami Untuk Difahami...

Mesti bengang dia dgn sy...pastinya dia tahu yang sy sengaja tidak menjawab panggilannya malam menjelang ramadhan yang lalu...tak pasti kenapa kalo dgn dia setakat sms rajin lagi sy nk melayan... tapi kalo nk bercakap atau berbual dgnnya temper sy cepat je naik...daripada sy stress bila sembang ngan dia baik tak yah sembang terus...
.
Mungkin sikapnya yang seakan mendesak dan jenis yang tk berapa nk sabar tu membuatkan sy selalu je naik radang...bila bersembang ngan dia..pasti ader je benda yang tak kena dengan dia pada pendengaran telinga sy...sy cuba untuk positif dengannya...cuba utk mengenali dirinya...cuba memujuk hati mungkin realitinya dia tidak begitu dan begini...tp sikap dan kata2nya menyebabkan kepositifan sy ini seringkali teruji...
.
Sy tahu tiada manusia yang sempurna di dunia ini...sy bukan mencari kesempurnaan...tapi cukuplah dia memahami sy...cuba beri ruang kepada sy untuk mengenali dirinya secara perlahan...disamping sy cuba untuk memahami dirinya dia pon kenalah cuba utk paham sy macam mana...itulah sebenar2nya proses berkawan...pas paham sket perangai masing2 barulah bleh tentukan bleh ke peringkat seterusnya atau tidak...ini tak...ditanyanya sy nak kat dia ke tidak...of courselah sy tak bleh nk bagi jawapan...walau pon bagi sy masa perkenalan bukanlah penentu...tapi kena lah jugak tengok dia meyakinkan sy atau tak...kalo sy masih tak berapa nak yakin ngan dia camner sy nak terima dia?...
.
Bagi sy panjang atau pendek tempoh mengenali seseorang itu bukan menjadi ukuran utk sy menerima seseorang...kalo mengenali someone itu hanya 3 bulan pon tapi sy yakin dgn dia..sy terima jer... walau bertahun mengenali tapi hati sy masih tak yakin dgn dia takkan sy nak ambik risiko...yang pentingnya keyakinan di hati ini...bagusnya lah kalo manusia diluar sana itu memahami apa yang ada dihati ini...takkan lah semua kita nak bagitau..dia kena buat camni...dia kena buat camtu...belajarlah untuk memahami...ini tak... ramai yang gelojoh..mendesak...pastu mulalah cakap banyaknya syarat nk kena ikut bila nak berkawan dengan sy...hello! sy tak pernah meletakkan syarat utk berkawan...sy ulang beeerkawan...jgn silap eja plak!...
.
Wahai manusia...perasaan untuk mengenali anda dengan lebih dekat itu ada...tapi tak tahulah setiapkali anda cuba untuk mendekati..sy seakan menjauhi...kadang2 sy rasa anda seperti mendesak...inginkan sesuatu perhubungan itu berjalan dengan begitu cepat...sedangkan dalam proses mengenali kita tidak boleh gelojoh...biarkan perasaan atau keyakinan itu datang dengan sendiri tanpa perlu memaksa...setiap apa yang sy cakap atau tulis anda tak cuba kaji atau fahami...tak tahulah mungkin bahasa sy sastera sgt ke...berlapik sgt ke sampaikan anda tk bleh nak faham...ntahlah!..
.
Tak payahlah nk dipk2...kalo memikirkan itu bleh membuatkan jiwa kacau baik tak payah...baik lg tumpukan pada amal ibadat di bulan mulia ni...rebut peluang yg singkat tp berganda nih...Ya Allah tenangkan hati dan jiwa hambaMu ini...moga Ramadhan tahun ini lebih terisi dengan peluang untuk menghayati erti Ramadhan yang sebenar2nya....

No comments: